Kajian UKM Henry si Hitam

Universiti Kebangsaan Malaysia telah berminat untuk mengkaji asal usul Henry si Hitam atau Enrique of Melaka ini.

Beberapa persoalan yang memerlukan kajian ialah :

  1. Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu Islam pertama berjaya dimurtadkan.
  2. Di manakah letakkan kubur Henry si Hitam ini jika telah kembali ke Melaka,ke Sumatera atau kembali ke Cebu, Filipina.
  3. Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Serville, Sepanyol itu.
  4. Mengapa sejarawan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black.
  5. Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan di pulau Cebu, Filipina.